Hari Raya Aidilfitri Y2026 Celebration
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Rendah Punggol Cove tahun ini berlangsung dengan penuh keceriaan dan makna. Bertemakan "Where Tradition Meets Technology", sambutan anjuran Jabatan Bahasa Melayu ini berjaya menggabungkan warisan budaya dengan pembelajaran moden yang menarik.
Pra-Sambutan
Pra-sambutan dimulakan dengan pameran interaktif Hari Raya Aidilfitri yang penuh dengan ilmu. Murid-murid bukan sahaja membaca maklumat, malah menyertai Scavenger Hunt dan berinteraksi dengan chatbot. Yang pentingnya, semua murid tidak kira bangsa atau agama dapat menyertai aktiviti ini. Dengan pendedahan ini diharap murid-murid lebih memahami dan belajar sendiri tentang Ramadan dan sambutan hari raya.
Sambutan Hari Raya
Kemuncak sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung pada 30 Mac semasa perhimpunan sekolah dalam suasana yang penuh meriah dan bertenaga. Skit “Raya 2050” berjaya memikat perhatian penonton dengan paparan kehidupan sebuah keluarga yang terlalu bergantung pada teknologi canggih masa hadapan. Namun, di sebalik kemodenan itu, mereka akhirnya menyedari bahawa kerjasama, kasih sayang dan komunikasi dalam keluarga jauh lebih penting. Persembahan ini bukan sahaja menghiburkan, malah menyampaikan mesej yang menyentuh hati dan memberi kesan mendalam.
Sambutan turut diserikan dengan lagu Hari Raya Khas PCPS. Lirik lagu ini ditulis oleh Encik Qairil dan dihasilkan dengan bantuan AI. Video muzik yang kreatif dan menepati trend semasa, digabungkan dengan persembahan secara langsung oleh Mr Arshad dan Cikgu Nurin, berjaya menghidupkan suasana serta mencetuskan kemeriahan dalam kalangan para penonton.
Pasca Sambutan
Selepas persembahan, sambutan diteruskan dengan aktiviti Interactive Wall! Murid- murid bergerak aktif sambil melontar bola dan menjawab soalan berkaitan Hari Raya. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah menggabungkan pembelajaran dengan pergerakan fizikal. Penggunaan teknologi menjadikan suasana lebih hidup dan menggalakkan murid untuk belajar sambil bergerak dengan penuh semangat.
Secara keseluruhannya, sambutan tahun ini bukan sahaja meriah, malah penuh bermakna. Pengajaran tentang pentingnya menghargai budaya sambil bijak memanfaatkan teknologi.
Apa kata murid?